Fenomena ‘bandaraya syurga’ yang kelihatan terapung di
langit wilayah Foshan telah menggemparkan ribuan penduduk di China baru-baru
ini.
Penduduk di Jiangxi dan Foshan yang menyaksikan fenomena itu
terkejut selepas menyaksikan bangunan pencakar langit menjulang tinggi muncul
secara tiba-tiba di celah-celah kepulan awan di ruang angkasa bandar berkenaan
selama beberapa saat sebelum hilang.
Fenomena bandar terapung ini juga pernah berlaku pada tahun
2011 di mana sebuah kota telah kelihatan di wilayah Huangshan.
Namun menurut pakar kaji cuaca berkata, fenomena tersebut
adalah disebabkan oleh ilusi optik yang dikenali sebagai Fatamorgana.
Fatamorgana merupakan sebuah fenomena ilusi optik yang biasa
terjadi di tanah lapang yang luas seperti padang pasir.
Proses Fatamorgana ini adalah pembiasan cahaya melalui
kepadatang yang berbeza sehingga ia boleh membuat sesuatu yang tidak ada
menjadi seolah-olah ada di situ.
Keadaan ini biasanya berlaku di tempat-tempat panas yang
seringkali berlaku di gurun pasir, seperti yang sering dipaparkan di dalam
filem, iaitu telapak atau danau yang menyerupai kolam air.
Ini sebenarnya adalah pantulan daripada langit yang
dipantulkan oleh udara panas yang seterusnya berfungsi sebagai cermin.
Sementara itu, pengendali Youtube Paranormal Crucible
mendakwa, kehadiran kota di atas langit itu juga mungkin percubaan dari Projek
Blue Beam.
Projek Blue Beam adalah satu konspirasi yang mendakwa Nasa
akan mengsimulasikan serangan makhluk asing di Bumi atau kedatangan Kristus
melalui hologram.

No comments:
Post a Comment