Jika pembaca antara salah seorang yang percaya kewujudan
Dinosaur, pembaca juga adalah salah seorang antara jutaan manusia yang percaya
wujudnya hidupan sebelum Nabi Allah, Adam as. Kemungkinan ramai antara pembaca
semua tidak sedar akan hakikat ini bukan?
Persetujuan daripada ahli arkeologi menyatakan bahawa
tamadun pertama yang wujud di muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu
sekitar 4000BC. Jika sekarang kita berada di tahun 2013, ini bermakna tamadun
Mesopotamia adalah berusia:
4000BC+2013AD=6013 tahun
Manakala, agama pertama di dunia yang direkodkan iaitu agama
Hindu telah dibentuk seawal 3000BC iaitu ketika permulaan tamadun Indus di
India. Disebabkan agama Hindu terlampau awal dibentuk, sehingga kini tidak
diketahui siapakah sebenarnya pengasas agama Hindu ini.
Agama Hindu yang terdapat pada hari ini tidaklah sama dengan
agama Hindu yang pada mula-mula ia diasaskan. Sepertimana agama lain, kecuali
Islam, setiap agama mengalami perubahan bahkan terdapat agama yang mengalami
perubahan yang ketara sepertimana agama Yahudi dan Kristian. Disebabkan agama
Hindu adalah agama tertua di dunia, ahli arkeologi yang ingin menyelidik
tamadun-tamadun purba akan mengkaji terlebih dahulu kitab-kitab purba agama
Hindu terutamanya Veda dan itulah yang berlaku sekarang.
Dalam kitab Taurat dan Injil dalam Book of Genesis, umur
Nabi Adam as ada dinyatakan. Nabi Adam as dikatakan hidup di bumi selama 930
tahun sebelum baginda wafat. Bergitu juga dengan Hawa yang wafat hampir dengan
usia Nabi Adam. Namun, di dalam al-Quran tidak pula dinyatakan usia Adam namun
Rasullulah SAW pernah menyatakan dalam sabdanya bahawa umur umat terdahulu
adalah panjang dan sihat pula tubuh badan mereka.
Rabbi daripada agama Yahudi sepakat menyatakan bahawa umur
Adam as diturun ke bumi adalah sekitar 4000BC selari dengan tamadun pertama di
dunia di Mesopotamia iaitu juga sekitar 4000BC.
‘Adam’ Sebelum Adam
Berkenaan dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam
percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka
kemudiannya dihantar ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan
mereka mengisi populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.
Akan tetapi Allah SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran
bagaimanakah Adam itu dicipta. Adakah dia dicipta secara berperingkat atau
dengan satu proses sahaja? Sebahagian ahli Tafsir mendatangkan pandangan bahawa
ketika Allah SWT mencipta Adam, tubuh Adam itu dibiarkan selama 40 tahun
sebelum ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini kita boleh melihat dengan jelas
pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan.
Terdapat juga sebahagian daripada ulama Islam yang
menjelaskan bahawa Adam bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi.
Mereka berpandangan bahawa ratusan ribu ‘Adam’ telah wujud sebelum Adam bapa
kita. Setiap satu ‘Adam’ itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka
telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan ‘Adam’ yang berikutnya
sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita, dianggap sebagai
pusingan terakhir siri ‘Adam’ di muka bumi.
Ada juga ulama yang berpendapat bahawa Adam dan Hawa dicipta
bukan di Syurga tetapi di muka bumi dan daripada bumi.
(Lihat al-Maqdisi: Al-Bad’ wa al-Tarikh dan Ibn al-‘Arabi:
al-Futuhat al-Makkiyyah)
Ikhwan al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka
menyatakan bahawa semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan membiak di
kawasan Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan cuaca yang ekstrem.
Hal ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam suasana inilah Adam tercipta
(takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat bahawa Adam dan Hawa hidup di
peringkat pertama kehidupan mereka di bumi (Rasaa’il Ikhwan al-Safa, jilid muka
surat 181, 229. Ada kemungkinan konsep ini diambil dari Bible kerana di dalam
Bible, Syurga itu adalah Garden of Eden, di mana Adam dan Hawa hidup dalam
keadaan yang suci)
Zaman Dinasor?
Jika dari awal tadi penulis berkata bahawa tamadun pertama
di dunia adalah berusia 4000BC. Sekarang, pembaca akan terkejut apabila menyedari
bahawa zaman Dinosaur adalah jauh lebih lama daripada itu. Penemuan
rangka-rangka dinosour di serata dunia membuatkan saintis percaya bahawa haiwan
ini pernah mendiami bumi ini 61 juta tahun sebelum manusia.
Arkeologi sepakat menyatakan bahawa kepupusan secara
besar-besaran Dinosaur adalah pada 65 juta tahun yang lampau. Penulis ingin
menekankan ayat ini iaitu Kepupusan. Kepupusan adalah suatu titik di mana
sesuatu spesies lenyap tanpa meninggalkan keturunan. Inilah yang berlaku kepada
Dinosaur.
Eskavasi di tapak arkeologi yang menempatkan tulang-tulang
Dinosaur kebanyakkannya mempunyai tarikh Karbon-12 yang berusia 65 juta tahun
yang lalu. Ia seterusnya membuatkan ahli arkeologi sepakat mengeluarkan
kenyataan bahawa Dinosaur mula pupus sekitar 65 juta tahun yang lampau.
Namun apa yang mengejutkan sebenarnya adalah tarikh
kepupusan iaitu pada 65 juta tahun yang lampau itu. Berbanding dengan permulaan
tamadun manusia yang hanya bermula 4000BC, ia bagaikan langit dan bumi
berbanding tarikh kepupusan Dinosaur.
Seperti penulis tekankan di awal artikel tadi, barang siapa
yang percaya Dinosaur wujud, maka beliau adalah salah seorang daripada ribuan
malah jutaan manusia yang percaya terdapatnya hidupan sebelum wujudnya manusia.
Dan tarikh kepupusan Dinosaur membuktikan segala-galanya.
Perlu diketahui bahawa ia adalah tarikh (jangka masa)
kepupusan Dinosaur. Bagaimana pula tarikh permulaan hidupan Dinosaur?.
Bagaimana pula dengan usia Bumi?. Apabila difikirkan daripada logik akal dan
logik nakli, sememangnya terdapat hidupan sebelum turunnya Adam as ke bumi
Allah ini. Pernahkah pembaca mendengar perdebatan antara malaikat dan Allah SWT
semasa Allah mencipta Adam as?
Malaikat Bertanya Kepada Allah SWT
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya
(tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan
kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan
menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan
memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan
apa yang kamu tidak mengetahuinya”
(Al-Baqarah 2: 30)
Baris ayat “orang yang akan membuat kerosakan padanya dan
menumpahkan darah” daripada hujah para Malaikat telah menimbulkan seribu satu
persoalan. Bagaimana Malaikat boleh mengetahui tentang rahsia masa depan
manusia sedangkan hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui?.
Meskipun malaikat memiliki keistimewaan berada di Syurga dan
Arasy Allah namun pembaca jangan lupa bahawa malaikat tidak boleh mengetahui
rahsia masa hadapan tanpa izin Allah. Hijab Allah sentiasa tertutup untuk
makhluk-Nya kerana ia adalah perancangan Allah swt untuk perjalanan setiap
makhluk-Nya.
Jadi, bagaimana malaikat boleh mengetahuinya?
Hari-Hari Terakhir Bumi Sebelum Turunnya Adam - Muhammad Isa
Dawud
Cendiakiawan agama terutama Muhammad Isa Dawud percaya
bahawa terdapatnya hidupan sebelum penciptaan Adam. Dalam buku bertajuk
"Siapa penghuni Bumi Sebelum Manusia" karya Muhammad Isa Dawud, ada
persoalan yang dibangkitkan iaitu bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah
yang bakal dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan
‘menumpah darah’ (berperang).
Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum
manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam
berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual. Namun mereka derhaka kepada
Allah SWT selepas Allah melimpahkan kemewahan dunia kepada mereka.
Akibat kebiadapan mereka menyekutukan, Allah SWT telah
mengazab mereka dengan ‘kiamat’ untuk keseluruhan mereka sehingga tidak
tertinggal walau sedikitpun.
Gambar (di atas) Saintis menunjuk uranium-uranium yang
terurai (lihat batuan kuning) yang dianggarkan berusia jutaan tahun yang lampau
di Oklo, Afrika.
Menurutnya ijtihad Muhammad Isa Dawud, perpecahan dan
peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan
hanya beberapa tempat yang selamat. Ledakan itu jugalah yang menghancurkan
sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam. Beberapa manuskrip dari
Sweeden turut dilampirkan sebagai bukti walaupun ia masih dalam perdebatan para
cendekiawan.
Adakah selepas tamatnya zaman dinosaur, kemudian muncul pula
zaman jin?.
Jin Penghuni Bumi Sebelum Manusia
Masih lagi berpandukan pada hujah Muhammad Isa Dawud dalam
bukunya, disini kita boleh merenung serta membahaskan beberapa fakta dan hujah
yang dikemukakan oleh beliau. Muhammad Isa Dawud menegaskan bahawa, Iblis
adalah bangsa Jin yang dididik oleh malaikat sehingga ‘alim seperti malaikat,
namun sifat takabburnya telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga
akhirat. Dengan itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam.
Kisah ini diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.
Taurat Kuno menyebut sebuah lagenda yang mengatakan semasa
penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70 orang Bani Israel, sebahagian pengikut
Musa telah melihat gambar-gambar yang aneh di dasar Sungai Nil. Dari gambaran
penglihatan mereka gambar-gambar itu mengisahkan kehidupan peradaban sebelum
kedatangan Adam. Namun, Nabi Musa melarang mereka untuk melengah-lengahkan
perjalanan kerana bimbang tentera Firaun akan sempat mengejar mereka.
Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat gambar-gambar itu telah menulisnya di
dalam manuskrip-manuskrip dan diwarisi oleh anak cucu mereka.
Fakta serta hujah berkenaan dengan kemampuan jin dalam
menghasilkan teknologiatom dan fusion turut dikemukakan oleh Muhammad Isa
Dawud. Persoalannya disini ialah, adakah kesan radioaktif yang ditemui di
beberapa buah lokasi di dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan
suatu 'peninggalan' dari tamadun spesis makhluk yang disebut sebagai 'jin'?.
Muhammad Isa Dawud mengakhiri hujah dalam bukunya dengan
satu kesimpulan yang kukuh:
“Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang
dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang
juga diturunkan syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah membangunkan
peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka engkar terhadap seruan
Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya ledakan atom
yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka.
Kemudian Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah
memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh
manusia. Maka Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang
tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan
jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat.”
Penemuan Yang Mengejutkan
Rangka berusia 10,000 tahun - Young Hol Chan
Pada 2006, dua orang penyelam Jerman telah tidak sengaja
menemui rangka manusia yang mempunyai saiz kanak-kanak. Dua penyelam daripada
Jerman ini sebenarnya ingin menjelajah satu Cenote di Mexico. Cenote adalah
lubang besar yang ditenggalami air disebabkan oleh luluhawa danperubahan rupa
bumi. Rangka kanak-kanak itu ditemui dalam satu gua di dalam Cenote tersebut.
Rangka kanak-kanak ini ditemui di gua bawah tanah dekat
Tulum, Mexico. Rangka kanak-kanak yang digelar Young Hol Chan telah diakui oleh
pakar-pakar arkeologi sebagai rangka kanak-kanak tertua yang pernah ditemui di
benua Amerika. Rangka itu berusia 10,000 ribu tahun!
Berbanding dengan usia tamadun pertama iaitu sekitar 6013
tahun, rangka ini sebenarnya telah membuka kunci rahsia tentang ‘manusia’
sebelum kedatangan Nabi Adam as.
Goat’s Hole Cave, Pavillon, Gower
Pada 1823, seorang professor Geologi di Universiti Oxford,
William Buckland telah menemui rangka manusia yang dianggar berusia kira-kira
18,000 di sebuah gua di Goat’s Hole Cave di Pavillon, Gower. Di gua inilah
rangka yang berusia 26,000 tahun itu dijumpai.
Namun, baru-baru ini para pakar telah sekali lagi membuat
kajian mengenai usianya dengan menggunakan alatan yang terkini. Apa yang
mengejutkan adalah usianya sebenarnya adalah 4000 tahun lebih tua daripada yang
diketahui dahulu iaitu 26,000 tahun!.
Gambar (di atas) adalah rangka Red Lady dianggarkan berusia
26,000 tahun. Satu yang menarik mengenai rangka purba ini adalah rangka Red
Lady sebenarnya adalah rangka seorang pemuda dan bukan rangka seorang wanita
sebagaimana namanya.
Gambar (di atas) 600 lukisan purba di Lascaux Cave di
Dordogne River Valley, Perancis telah direkodkan mempunyai usia 17,000 tahun.
Ia ditemui tidak sengaja oleh dua orang remaja pada 1940.
Manusia Sebagai Khalifah Di Muka Bumi
Manusia telah awal-awal lagi, Allah SWT nyatakan bahawa
sebagai wakil Allah SWT di muka bumi. Sememangnya penulis sangat bersetuju
tentang kewujudan makhluk sebelum Adam as namun tidaklah pula penulis bersetuju
tentang teori evolusi yang Charles Darwin asaskan. Bagi penulis, makhluk yang
dicipta sebelum Nabi Adam adalah makhluk misteri. Ada kemungkinan menyerupai
manusia, ada pula kemungkinan menyerupai haiwan akan tetapi yang pasti adalah
mereka telah melakukan kerosakkan di muka bumi. Antara kerosakan yang pernah mereka
lakukan adalah peperangan dan perebutan kuasa.
Baru-baru ini, saintis bergitu terkejut dengan penemuaan
rangka-rangka manusia yang bergelimpangan di Mohenja-Daro di Lembah Indus.
Apabila diselidik, rangka tersebut telah dicemari dengan radioaktif akibat
letusan nuklear. Apakah makhluk purba pernah menggunakan senjata canggih
sehingga menghuru-harakan bumi Allah swt ini?
Bagaimana dengan Dinosaur? Apa yang penulis boleh simpulkan
mengenai haiwan besar yang digelar Dinosour ini adalah haiwan ini kemungkinan
wujud sebelum wujudnya ‘makhluk’ yang melakukan kerosakan tersebut. Ini
bermakna, sebelum wujudnya Adam as sebagai khalifah di muka bumi, telah wujud
berpuluh-puluh makhluk yang Allah SWT wakilkan di muka bumi ini. Namun,
sayangnya, mereka semua leka dengan nikmat Allah swt dan akhirnya musnahlah
tamadun mereka diazab Allah swt.
Akhirnya, manusia adalah wakil terakhir Allah SWT di muka
Bumi ini. Dan kita sebagai umat Muhammad pula adalah khalifah terakhir daripada
wakil terakhir Allah swt di muka bumi sebelum Allah swt ‘sediakan’ kiamat untuk
kita semua. Sesungguhnya, Adam as bukanlah makhluk pertama tetapi ia adalah
manusia pertama di muka bumi.
Waallahualam.