Anugerah Puskás FIFA telah diperkenalkan pada 20 Oktober 2009
oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA) di bawah Presiden
Sepp Blatter.
Anugerah ini diperkenalkna untuk pemain bola sepak lelaki
atau wanita yang menjaringkan gol terbaik atau 'fantastik' setiap tahun.
Anugerah ini dinamakan sempena memperingati pemain lagenda
Hungary, Ferenc Puskás, bekas penyerang Real Madrid pada tahun 1950an dan
1960an.
Ferenc Puskás juga merupakan sebahagian daripada pasukan
gemilang Hungary pada 1950an.
Ferenc Puskás dianggap sebagai salah seorang pemain bola
sepak paling hebat di Eropah dengan menjaringkan 84 gol dalam 85 perlawanan
antarabangsa.
Ferenc Puskás adalah salah seorang daripada penjaring
terbanyak pada abad ke-20 dengan 512 gol dalam 528 perlawanan.
"Penting untuk mengekalkan ingatan mereka yang bermain
bola sepak yang telah meninggalkan sejarah kepada kita.
"Ferenc Puskás bukan sahaja pemain berbakat besar yang
memenangi banyak anugerah tetapi beliau juga seorang lelaki yang luar biasa.
"Oleh itu, FIFA gembira untuk memberikan penghormatan
kepadanya dengan mendedikasikan anugerah ini kepada beliau," kata Blatter
ketika merasmikan anugerah ini di Budapest.
Faiz Subri Puskás FIFA
Anugerah ini diperkenalkan buat kali pertama pada Julai 2008
hingga Julai 2009.
Anugerah tahunan telah dilangsungkan buat kali pertama di
Switzerland yang dimenangi oleh pemain Portugal, Cristiano Ronaldo.
Senarai Pemenang Anugerah Puskas FIFA
Tahun: 2009
Pemain: Cristiano Ronaldo
Negara: Portugal
Perlawanan: Manchester United vs Porto, Liga Juara-Juara
2008-09 suku akhir
Tahun: 2010
Pemain: Hamit Altıntop
Negara: Turki
Perlawanan: Turki vs Kazakhstan, Kelayakan UEFA Euro 2012 -
Group A
Tahun: 2011
Pemain: Neymar
Negara: Brazil
Perlawanan: Santos vs Flamengo, Campeonato Brasileiro Série
A 2011
Tahun: 2012
Pemain: Miroslav Stoch
Negara: Slovakia
Perlawanan: Fenerbahçe vs Gençlerbirliği, Süper Lig 2011–12
Tahun: 2013
Pemain: Zlatan Ibrahimović
Negara: Sweden
Perlawanan: Sweden vs England, Perlawanan Persahabatan
Antarabangsa
Tahun: 2014
Pemain: James Rodríguez
Negara: Colombia
Perlawanan: Colombia vs Uruguay, FIFA World Cup 2014
Tahun: 2015
Pemain: Wendell Lira
Negara: Brazil
Perlawanan: Goianésia vs Atlético Goianiense, Campeonato Goiano
2015
Dan pada 2016 pemain Malaysia Faiz Subri yang mewakili Pulau Pinang semasa menentang Pahang mengejutkan dunia dengan meyudahkan sepakan percumanya secara menyerong lantas beliau berkemungkinan besar akan disenaraikan untuk menerima anugerah ini. Terbaik dari Faiz Subri..

No comments:
Post a Comment